Tuesday, 15 September 2015

KURMA AJWA DAN ALFALFA

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera..

Kurma adalah makanan kegemaran Nabi SAW. Tidak ada sesiapa pun yang nak menyangkal yang kurma memang sangat berkhasiat. Kandungan glukosa  dan juga kandungan zat besi yang tinggi sangat baik untuk pembentukan sel darah merah dan memberi tenaga paad badan.

Dalam memilih kurma, Kurma Ajwa terkenal dengan kurma yang plaing berkhasiat dan ramai juga di kalangan pengamal perubatan Islam mengatakan kurma ajwa adalah "kurma ubat". Mengapa dikatakan "kurma ubat" yer...??

Poko kurma ajwa adalah lebih rendah berbanding pokok kurma jenis yang lain. Dan akarnya mencengkam ke bumi jauh lebih ke dalam berbanding pokok kurma yang lain. Kerana itu, khasiat yang ada di dalam kurma ajwa lebih berbanding kurma yang lain. Dan pastinya harga kurma ajwa adalah lebih tinggi.


Sekadar gambar hiasan pokok kurma.


Melihat pada buahnya yang sedikit kecil saiz berbanding kurma lain, dan biji kurmanya sedikit bulat dan comel memang menunjukkan keunikan dirinya sebagai kurma yang berkualiti. Pelbagai gred pula dibuat bagi membezakan kualiti di kalangan family kurma ajwa. Disebabkan kualiti dan juga harga yang agak tinggi, perlu lebih berhati-hati untuk membeli kurma ajwa. Kerana sudah ramai peniaga yang mengambil "jalan singkat" dengan "menjual kurma ajwa tiruan" tapi dengan harga kurma ajwa asli.


ALFALFA memiliki sedikit kesamaan dengan kurma ajwa. Pokoknya renek dan akarnya jauh ke dalam bumi untuk menyerap nutrien sihat dari perut bumi. Kerana itu khasiat alfalfa tidak boleh dipertikai. Kalau tidak, masakan ALFALFA dapat gelaran "Father of All Foods". Kat bawah ada gambar nak tunjuk pokok alfalfa....


ALFALFA memang keperlua Ju setiap hari. Fungsi asas nye detoks badan. Tapi, memang BONUS bila kita ambik..Resdung, keputihan, angin-angin dalam badan..semua jadi makin baik..

Kalau kita perhatikan, zaman-zaman dulu penawar penyakit banyak diekstrak dari akar kayu...Fuhhhh...canggih bahasa ekstrak...Orang dulu biasa rebus je kan..pastu minum rebusan akar kayu. Rebusan adalah salah satu teknik pengekstrakkan. Jadi, kita canggihkan bahasa....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..

Popular Posts