RAHSIA TIMUN UNTUK SEMBELIT

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. dapat menulis lagi pada entri kali ini. Hari ini Ju nak share mengenai timun. Makanan favourite dan juga "ulam" simple merangkap sayur yang mudah untuk disediakan....(Nampak sangat malasnya nak masak sayur..hehe..)

Image result for timun

Perasan tak, kalau kita order nasi goreng apa-apa ke kat restoren, mesti tukang masak akan letak timun dan kadang-kala tomato sehiris. Untuk yang tang suka makan sayur...Ju galakkan sangat korang ambil la timun sehiris tu makan sebelum menghabiskan makanan sepinggan atau berpinggan-pinggan lepas tu.

OK..sebenarnya timun sangat baik untuk mencuci usus perut. Dan sebaiknya ambil lah timun sebelum makan berat. dan satu lagi..kalau penggemar makanan bakar macam sate tu, rajin-rajin la makan timun sekali.

Timun sangat baik dalam membantu penghadaman. Petua ni Ju dapat dari seorang Doktor Pakar Saraf...Beliau cadangkan begini... " Elok makan buah sebelum makan. Tapi, kalau takde buah...makan lah timun dulu. InsyaaAllah sangat elok untuk penghadaman dan mencuci usus..."

Kebetulan masa tu anak kesayanyan Ju si Taufiq ni susah nak membuang. Kalau bagi betik ke..memang la mudah. Cuma kalau hari-hari nak bagi...dia pon jemu...yer dak...?? Mula lah kenalkan timun kat budak comel anak soleh ini. Alhamdulillah, Taufiq mudah je nak melabur...Syukur. dan Ju pon mula la buat blended timun dan bagi dia makan sebelum makan nasi..Nak sedap lagi, campur madu sikit...memang sedap jadinya...Taufiq pon suka. Sekarang ni, kalau bagi timun kat dia...mau nasi pon dia tak nak...keje nak makan timun je...(Payah pulak nak control bila budak kecik nih dah suka timun...) Alhamdulillah, sekarang ni senang je dia nak membuang. Teran sikit dah banyak "hasil pelaburan" dia.....sampai penuh pampers....hehe...

Jadi, kepada sesiapa yang ada masalah sembelit, malas nak makan sayur..boleh amalkan makan ulam timun..ni kalau dapat cicah sambal belacan...memang terangkat..!!!

Dan, paling best dan mudah....kalau korang ada masalah sembelit melampau..sampai telan timun 10 batang sehari pon tak jalan....boleh cuba Herblax Shaklee dan Ostematrix Shaklee...2 produk ni..antara kegemaran Ju dan suami bila tetibe sembelit..nak nak kalau minum air coklat, milo dan seangkatan dengannya... Alhamdulillah, setakat ini sangat berkesan untuk melegakan perut sampai rasa "kosong" dan ringan je perut....boleh dikatakan ada perasaan "lega....." bila keluar toilet dan boleh senyum meleret sebab "lega......" teramat..hihi...

ok, setakat ini jari mampu nak menaip. InsyaaaAllah, lain entri kita bertemu lagi yer... Sudi-sudikan share penulisan korang. Mana tahu boleh jadi saham akhirat....alhamdulillah...


Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..