KANAK-KANAK "KEBAL"

Teks: Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, hari ini sempat untuk buat 1 entry untuk tatapan semua. Mood hari ini, nak share mengenai kanak-kanak. Memandangkan sekarang sudah bergelar ibu, perihal kanak-kanak memang jadi topik yang "favourite".

Berkaitan kanak-kanak, Ju lebih suka tekankan bab imun tubuh dan juga pemakanan seimbang. Sebab pertumbuhan kanak-kanak sangat cepat dan ia adalah permulaan kepada kehidupan keseluruhannya.

1. IMUN TUBUH

Imun tubuh umpama askar dalam badan manusia. Kalau ada benda asing ( kuman, virus, etc) yang menyerang tubuh, pasti "askar" lah yang akan berlawan. Tetapi, sejauh mana kekuatan "askar" tubuh...?? Ini yang menjadi persoalan kan...?? Samada bergantung sepenuhnya pada imunisasi yang diambil pada umur 1, 2, 3, 5 , 6 bulan dan sehingga umur setahun atau ditambah dengan pengambilan makanan berkhasiat dan makanan tambahan yang perlu.

Vitamin C Chew adalah pilihan ramai ibubapa disebabkan rasanya yang masam-masam. Kanak-kanak kebiasaannya akan menghisap tablet Vitamin C ini seperti gula-gula. Sediakan "askar" yang hebat dalam tubuh anak supaya tubuh mereka tak perlu menjadi timbunan ANTIBIOTIK dek kerana selalu demam kerana jangkitan dengan rakan-rakan sebaya.

KAWAN-KAWAN DI SEKOLAH

Kita umum mengetahui, kanak-kanak suka berkawan-kawan. Semua aktiviti akan bersama rakan-rakan. Tak hairanlah, kalau seorang demam..esok pulak rakan yang lain pon akan turut demam. Dan, adakala demam berpanjangan kerana sering di kelilingi rakan yang berjangkit sesama sendiri. Dan setiap kali ke klinik, pasti akan dibekalkan dengan antibiotik. Sampai bila tubuh anak anda terpaksa bergantung kepada antibiotik. Tubuh mereka sendiri sudah ada "askar" yang bersedia untuk bertarung, jadi lebih eloklah jika "kuatkan askar" tubuh anak anda. Saya pasti ibubapa di luar sana akan rasa lebih selesa untuk tidak sering ke klinik dan anak sentiasa cergas dan sihat bukan..??

2. MAKANAN BERKHASIAT

Umumnya, rata-rata ibubapa agak sukar nak menentukan pemakanan berkhasiat untuk kanak-kanak kerana kualiti bahan makanan sekarang agak rendah nilai khasiatnya. Jadi, pengambilan makanan tambahan menjadi altenatif.

Makanan tinggi serat, kalsium, protein, karbohidrat, vitamin sangat diperlukan oleh golongan ini. Jadi, dengan pengambilan makanan tambahan, nutrien kanak- kanak lebih mudah untuk diperoleh.

MealShakes mengandungi banyak nutrien sihat dan lengkapbyang sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

MealShakes mengandungi asid amino dan nutrisi yang mudah untuk diserap untuk kegunaan tubuh dalam kehidupan seharian. Dan paling istimewa ialah ianya mengandungi Lactalbumin yang mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
Kelebihan MealShakes yang mengandungi protein ( Lactose Free) yang sangat-sangat diperlukan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah Lactose Intolerance di mana mereka sering menghadapi masalah sembelit disebabkan usus mereka tidak mampu untuk mencerna protein yang mengandungi lactose. Kanak-kanak yang sering menghadapi masalah sembelit sering disarankan oleh pakar kanak-kanak untuk memilih susu fm yang FREE LACTOSE. MealShakes sangat memahami keperluan kanak-kanak. Hanya sesudu kecil MealShakes dicampur dalam minuman kegemaran anak anda, mereka sudah dapat menikmati keperluan nutrien tubuh mereka ditambah dengan rasa MealShakes yang enak.

Kandungan 24jenis Vitamin, mineral dan zat serta lesitin soya yang bekerjasama dengan Vitamin Larut Lemak menjadikan kanak-kanak lebih berselera untuk makan tetapi tidak menjadikan mereka "Obes" kerana kandungan serat yang tinggi membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Nutrisi dibekalkan kepada tubuh, menjadikan tubuh cukup "kebal" untuk menghadapi serangan virus dan kuman.

Vitamin ACE, Zink dan selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan.

Ok la...memandangkan esok hari Ahad, Ju ucapkan selamat berhujung minggu bersama keluarga..

Kepada yang bekerja esok, selamat memulakan kerja...dan bekerjalah kerana ibadat kepada Allah..bukan semata-mata untuk mencari wang...hehe...=)

Sampai di sini sahaja, terima kasih kepada yang membaca...sudi-sudikanlah bagi komen, pandangan dan apa-apa yang bermanfaat untuk dikongsi bersama.

Ada masa free, jom lawat laman sosial Ju...

FB : Juliza Sarif
Fanpage : Sihatnatural Life
Call/SMS/ WhatsApp: 013 3081376
Shaklee ID : 888399 ( Your Best Consultant & Distributor )


Posted via Blogaway
Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..