ANAK TAK TAHU TELAN KAPSUL

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt...beberapa hari tak update..terasa lain pulak...bermujahadah jugak ye...konsisten nak update blog nih....hehe....=)

Ok...hari ni...Ju nak share topik pasal tablet atau kapsul dengan kanak-kanak...Uolls perasan tak....kalau pergi ke klinik @ hospital...kebiasaannya ubat-ubatan akan dibekalkan dalam bentuk cecair....sebab UTAMAnya ialah...kanak-kanak belum ada kebolehan untuk menelan pil @ kapsul....

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah anak tak tahu nak telan kapsul @ pil tablet..

1. Hisapan

Ada sesetengah Pil tablet akan diletakkan arahan "chew"...bermakna hisap. Oleh itu, tablet berkenaan boleh dihisap oleh kanak-kanak. Teknik hisapan ini bagus, bukan sahaja pada kanak-kanak, tetapi juga kepada yang dewasa. Jika melalui hisapan, segala nutrien ubat @ supplemen tersebut akan terus masuk ke saraf. Berbanding dengan menelan, kerana dengan proses menelan, nutrien tersebut masuk ke usus, kemudian diproses dan kemudiannya akan dihantar ke saraf untuk bertindak. Kemungkinan nutrien yang masuk ke dalam badan akan berkurangan masuk ke saraf disebabkan banyak peringkat proses yang perlu dilalui.

Sebab tu...ada Tok Guru dulu-dulu..galakkan pelajar-pelajar Tahfiz Al Quran menghisap kismis setiap pagi...bukan makan kismis...Mungkin inilah kaitannya...Hebat mereka kan...!!!

2. Melarutkan dalam air

Ada juga sesetengah pil tablet ini dilarutkan di dalam air kerana kurang sesuai untuk dihisap. Sebagai contohnya..Asid Folik yang dibekalkan kepada kanak-kanak yang anemia dan kurang selera makan. Rasa tablet ini kurang enak, jadi kanak-kanak akan mengelak untuk mengambil. Melarutkan pil tablet di dalam larutan air...adalah teknik yang lebih berkesan.

3. Menggaul dalam makanan

Contoh untuk menggaul dalam makanan adalah seperti kapsul. Contohnya kapsul Minyak Ikan yang sangat baik untuk kecerdasan otak bagi kanak-kanak. Sesetengah kanak-kanak mampu mengunyah kapsul begini walaupun rasanya agak hanyir. Tetapi, bagi kanak-kanak yang sukar untuk mengunyah, memecahkan dalam sup makanan atau menggaul dalam makanan mereka juga sangat berkesan. Yang penting kapsul tersebut masuk dalam perut kan...??

Bagi pengguna produk Shaklee yang kebiasaannya diberi kepada kanak-kanak...uolls boleh cuba cara-cara di atas ini untuk diberi kepada anak-anak uolls yer....

Untuk Vitamin C Chewable...kalau anak-anak tak boleh nak hisap...mungkin kerana rasa tablet sedikit masam, boleh juga larutkan dalam air terlebih dahulu.

Bagi kapsul Minyak Ikan OmegaGuard, boleh kunyah, atau pecahkan dalam sup makanan mereka. Boleh juga gaulkan dalam makanan kegemaran. Pasti menyelerakan....cubalah..!!!

Ok lah...Ju nak sembung balik kerja-kerja yang belum siap kat rumah ni...Selamat mencuba teknik-teknik yang Ju share...

Semoga sharing ini sangat bermanfaat untuk semua....TQIA...=)

Bila-bila masa free, boleh contact Ju...untuk berbincang, menambah kenalan...dan mengeratkan silaturrahim sesama kita...bye..bye..bye...Assalamualaikum wbt...

FB : Juliza Sarif
Fanpage : Sihatnatural Life
Sms/ Call/ WhatsApp : 013 3081 376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)


Posted via Blogaway
Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..